BREAKING NEWS

Anwar patut belajar zuhud dari Pok Nik...

Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin angkuh ekoran kegagalannya memulangkan wang sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, Anwar sepatutnya akur dengan desakan pelbagai pihak agar wang yang didakwa dimilikinya menerusi kawalan terhadap 20 akaun induk semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, dikembalikan.

Menurut beliau, pemimpin pembangkang itu sering bercerita tentang integriti, akauntabiliti dan tanggungjawab semasa mengadakan ceramah di seluruh pelosok negara.

“Sebaliknya, apabila timbul isu yang melibatkannya, Anwar bersikap angkuh malah tindakannya tidak seiring dengan apa yang sering beliau cakap.

“Isu dakwaan menyeleweng wang RM3 bilion ini juga menunjukkan Anwar mempunyai masalah yang serupa dengan pemimpin pembangkang yang lain khususnya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tengku Amalluddin Sani berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri Anwar terhadap desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu meminta beliau memulangkan wang sebanyak RM3 bilion itu kepada rakyat.

Pada 1999, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid membuat akuan bersumpah dengan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris turut dilaporkan membuat pendedahan beliau telah diminta membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan tersebut atas permintaan Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Sementara itu Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli memberitahu, Anwar perlu sedar rakyat memandang dakwaan Abdul Murad itu secara serius kerana ia membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online