BREAKING NEWS

Zuraidah Mak Lampir tubuhkan Skuad Ghostbuster...

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin melancarkan ‘Team Ghostbusters’ bagi menyemak semula daftar pengundi untuk membantu penduduk di sekitar Ampang menyemak nama mereka dan memastikan tempat mengundi tidak ditukar.

Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu berkata, Team Ghosbusters adalah kumpulan terdiri daripada sukarelawan yang melakukan kerja lapangan bagi mengenal pasti pengundi hantu di Parlimen berkenaan.

“Penting bagi Pakatan Rakyat menyampaikan mesej mengajak orang ramai mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kerana ini saja cara yang boleh mengelakkan pengundi hantu mengundi bagi pihak mereka,” katanya.

Pelancaran Team Ghostbusters dibuat secara konvoi ke tiga lokasi bermula di Bukit Indah, pada jam 9.00 pagi, Taman Nirwana dan berakhir di Kompleks Membeli-Belah Spectrum di Bandar Baru Ampang Sabtu lalu.

“Sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung di perhentian Ghostbusters menandakan rakyat kini sedar tentang hak serta tanggungjawab mereka sebagai warganegara.” katanya.

‘Team Ghostbusters’ adalah program di bawah Selangorku Bersih yang dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan Selangor memiliki daftar pemilih yang bersih.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Selangor berkata, SPR mengesahkan terdapat lebih 2 juta pengundi baru didaftar dengan Selangor mencatat 165,222 pengundi baru.

“Sangat perlu untuk kita semak senarai nama SPR kerana rakyat muak dengan tipu helah SPR dan kerajaan Umno BN yang nampak terdesak untuk menawan Selangor,” katanya.

Team Ghostbusters Parlimen Ampang akan berada di lokasi tumpuan awam bagi memberi peluang kepada orang ramai menyemak nama mereka. Borang daftar pengundi baru juga disediakan bagi membantu mereka yang belum mendaftar.

4 ulasan :

  1. hantu2 nak mengundi gak yer hehee cari jgn xcari

    BalasPadam
  2. rakyat yg makin muak dgn pakatan haram mak lmpir oiii

    BalasPadam
  3. Tangkap mak lampir dulu...

    Pejuang hamas...

    BalasPadam
  4. Tu lah modal Anu ar bile kalah nanti,yg menang kat 4 negeri dulu tu x sah le ye.BANGANG.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online