BREAKING NEWS

KEJAM!! Dibunuh kerana nama serupa..

Seorang anak dari kasta rendah di negara bahagian Uttar Pradesh India dibunuh kerana memiliki nama yang sama dengan anak dari keluarga kasta yang lebih tinggi.

Mereka mengatakan ayah Neeraj Kumar, Ram Sumer diminta untuk mengganti nama dua anak lakinya kerana sama dengan nama anak Jawahar Chaudhary.

Mayat Neeraj, 14 tahun, ditemukan pada 23 Nov lalu di satu lapangan.

Dua rakan keluarga Chaudhary telah ditahan. Chaudhary sendiri menyanggah keluarganya terlibat dalam pembunuhani itu. Ia mengatakan keluarganya diperangkap polis.

Keluarga Neeraj Kumar berasal dari kasta dalit yang berada dalam posisi pale rendah dalam sistem kasta di India. Diskriminasi kasta merupakan hal yang ilegal namun masih banyak masalah yang terjadi terkait perbezaan sosial ini.

Pembunuhan tersebut terjadi di desa Radhaupur di kawasan Basti.

Ram Sumer dan Jawahar Chaudhary memiliki dua putera dengan nama sama Neeraj dan Dheeraj namun masalah ini jadi perdebatan besar antara kedua negara, kata polis Praveeen Kumar.

Chaudhary yang berasal dari kasta yang lebih tinggi memberikan sejumlah peringatan kepada Sumer agar segera mengganti nama dua puteranya itu.

Tanggal 22 Nov lalu, Neeraj meninggalkan rumah untuk menonton televisyen di rumah kawannya namun tidak pernah kembali. Mayatnya ditemukan satu hari kemudian.

Polis mengatakan ia dicekik. Putra Chaudhary -Neeraj dan Dheeraj menghilang– dan polismenahan dua rakan keluarga yang mereka perkirakan terlibat dalam pembunuhan itu. (bbc)

1 ulasan :

  1. nama punya pasal pon mau bunuh kerr?? haha.. apa ada pada kasta... hahaha...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online