BREAKING NEWS

Tangguh haji : PAS permainkan hukum Islam..

Beberapa tokoh agama di negeri ini turut mendesak Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan dalil al-Quran atau hadis yang menunjukkan bahawa kewajipan pilihan raya adalah sama dengan menunaikan haji.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu seolah-olah meletakkan kewajipan melaksanakan pilihan raya demi partinya lebih besar daripada Rukun Islam kelima itu.

"Kita minta dia semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setaraf dengan fardu haji?

"Rakyat juga ingin tahu apakah Tuan Ibrahim beranggapan PRU-13 sebagai kefarduan Allah yang mengatasi kefarduan menunaikan haji.

"Jika benar sebagaimana kenyataan dalam media itu, Tuan Ibrahim seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukan Islam kelima itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam portal pro pembangkang, http://www.selangorku.com/?p >9042 yang meminta ahli-ahli Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada PRU-13 dijangka antara September hingga Oktober.

Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah wajib bagi umat Islam menunaikan haji sekiranya telah cukup syarat dan sekiranya ia ditangguhkan, ini bermakna individu terbabit memperlekehkan hukum agama.

"Saya minta umat Islam tidak terkeliru dengan pandangan pemimpin Pas ini kerana mereka sudah songsang. Peluang mengerjakan haji sukar disebabkan kuota yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Ini sengaja mencuaikan kewajipan dan bukannya dalam keadaan darurat, Tuan Ibrahim telah memperlekehkan agama," katanya.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Pengasas Pondok Pulau Ular, Zainal Abidin Awang yang menyifatkan Tuan Ibrahim telah mempermainkan hukum Allah.

"Tidak boleh sama sekali umat Islam menangguhkan haji apabila cukup harta, sihat tubuh badan, ada kenderaan pergi balik dan dapat meninggalkan nafkah kepada isteri serta anak-anak.

"Dia (Tuan Ibrahim) main-mainkan soal haji, tambahan pula dalam keadaan untuk mendapatkan tempat menunaikan haji amat sukar, Pas telah mempergunakan Islam untuk mendapatkan undi," katanya.

5 ulasan :

  1. Mohon pautkan saya didalam bloglist tuan
    http://budakbenteng.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. mat noor derih ni tak tau ka PAS dan ada rukun sendiri???

    1-KEPERCAYAAN KEPADA DAP...
    2-KESETIAAN KEPADA KIT SIANG,GUAN ENG DAN KARPAL SINGH...
    3-KELUHURAN KITAB JINGGA...
    4-KEDAULATAN PAKATAN RAKYAT...
    5-KEGANASAN DAN KEBANGANGAN(BERSIH 3.0)
    (bukan nak menghina tapi nak menyedarkan rakyat yg lain supaya keluar dari kepompong penipuan parti pas yg semakin OVER dok menipu dgn gunakan agama ISLAM)...

    sebab tu diorang mempermainkan rukun islam dgn mengatakan haji sama penting dgn pilihanraya...

    HARAP TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS DGN FATWA PARIA PUAK PARTI ANJING SETIA NI...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. Satu syarat tambahan boleh menangguhkan haji - pilihanraya....! Dah hilang akal PAS ni, yg peliknya dia ni ketua penerangan PAS. Mazhab DAP lah ni kot

    BalasPadam
  4. Dato Hasan Ali menyeru ahli PAS supaya jgn menghadiri perhimpunan sempena keputusan mahkamah bicara liwat Anwar Ibrahim, dia kena pecat. Tuan Ibrahim menyeru ahli PAS menangguh seruan Allah ke Baitullah tak kena pecat ke. Hairan teman, Anwar Ibrahim lebih penting drp seruan Allah nampaknya.....

    BalasPadam
  5. KALAU DAH DILAKNAT ALLAH DAN DIMATIKAN HATI DAN AKAL MAKA JADILAH USTAZ DAN ULAMA PAS MANUSIA YANG GILA DAN HILANG AKAL......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online