BREAKING NEWS

Rafizi pegang watak lembu dalam filem terbaru PKR..

Dalam usaha mengingatkan rakyat tentang skandal National Feedlot Corporation, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan.

Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu juga merupakan kaedah baru yang digunakan untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC.

Kartun karya kartunis Zunar ini mungkin boleh dijadikan 'poster' untuk filem terbaru Rafizi.

“Kita akan umumkan secara terpeinci dalam masa terdekat. Kita sudah bersetuju tentang nama-nama pelakon dan tajuk filem yang boleh mengingatkan rakyat tentang sandiwara NFC,”

“Kita nak filem lembu ini menjadi filem top untuk tahun 2012,” katanya ketawa ketika dihubungi keadilan Daily.

Rafizi berkata, ‘skrip’ bagi filem itu juga sedang disiapkan dan dijangka bakal menjalani pengambaran tidak lama lagi.

Berbeza dengan video-video klip di internet sebelum ini, katanya, filem berkenaan bakal menampilkan kelainan baru di ruang maya, selain sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah anjuran KEADILAN.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama pengarah dan pelakon terlibat sebelum pengumuman dibuat, yang dijangka pada minggu hadapan.

2 ulasan :

  1. spongebob lokman, aisyah, zizan, cico, ustaz azhar dan pelawak2 rejek yg dh xde job

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa amik leman dan man raja lawak sekali...
      Wardina pun ok jugak...

      Pejuang hamas...

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online