Tapi gua harap Nora pun sama ubah diri dia supaya jadi lebih baik demi anak dia..
Gua bukannya apa beb.., cuba bayangkan.., apa perasaan anak Nora nanti bila dia terdedah dengan dunia glamour ibu dan bapa dia..
Dan kemudiannya.., kalaulah ditakdirkan anak Nora tu jadi tahfiz dan berpendidikan agama yang tinggi.., mampukah dia tegur ibu bapa dia?
Dan yang paling penting.., mampukah Nora dan Jejai terima teguran anak kesayangan dorang kalau masih memilih untuk bergelumang dalam dunia hiburan?
Buat Nora..., no heart feeling ok.. Gua cuma ingatkan je.. Peace!
Pelakon cantik dan diminati ramai, Nora Danish, mahu anaknya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, memasuki sekolah tahfiz pada seawal usia empat tahun.
Menurut Nora, sejak mengandungkan Rayqal lagi, dia mahu anaknya itu mendapatkan pendidikan agama secukupnya sebelum melangkah ke alam dewasa.
“Di zaman ini macam-macam masalah sosial yang kita boleh lihat dan bayangkan apa akan berlaku pada masa akan datang?
“Sebab itu saya mahu Rayqal diberikan pendidikan agama secukup-cukupnya supaya bila dah besar nanti dia tahu apa yang baik dan buruk dalam melalui sesebuah kehidupan. Saya mahu dia masuk syurga,” katanya.
Tambah Nora, jika mengikutkan kata hati, terlalu banyak perkara yang ingin diaturkan buat anak tunggalnya itu.
“Kalau nak ikutkan saya nak rancang macam-macam untuknya, tetapi saya pun kena fikir, dia pasti mempunyai minat yang tersendiri.
“Apa-apa pun, saya tidak boleh menghalang keinginannya. Tidak kisahlah sama ada dia mahu bekerja dengan jabatan kerajaan, swasta, membuka perniagaan atau menjadi seorang pelakon. Yang penting, saya mahu dia menjadi seorang lelaki yang cukup ilmu agama dan bertanggungjawab,” tegas Nora.
Bagaimanapun, kata pelakon itu, bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai juga mempunyai impian yang tersendiri buat Rayqal di mana dia mahu Rayqal mengikut jejak langkahnya menceburi bidang sukan polo dan lumba kereta.
Malah Rizal sudah pun membeli barangan sukan Polo untuk anaknya itu.
Namun kata Nora, setakat ini dia dapat melihat anaknya itu lebih ke arah meminati sukan bola sepak serta lumba kereta.
Catat Ulasan