BREAKING NEWS

LAWAK!!! Sex Toy disangka Cendawan Misteri di China..

Sebuah saluran TV telah memohon maaf selepas "cendawan raksasa misteri" yang dikatakan telah ditemui di bawah tanah sebenarnya adalah sejenis alat mainan seks.

Stesen Xi'an City membuat permohonan maaf selepas beberapa penonton memberitahu kesilapan yang memalukan ini, sambil menyatakan "pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini".

Rancangan yang disiarkan Ahad lalu menunjukkan seorang wartawan berkumpul bersama sekumpulan penduduk kampung berhampiran sebuah baldi yang dipenuhi air bersama 'cendawan misteri' yang terapung di dalamnya.

Menurut seorang penduduk kampung yang bernama He, beliau telah menemui sesuatu yang pelik di dalam tanah.

"Saya telah membantu rakan untuk menggali telaga kira-kira sedalam 80 meter sebelum kami menemui objek pelik ini," menurutnya.

"Kami tidak tahu apakah ia, tetapi ia seolah-olah mempunyai mata dan hidung."

Wartawan itu telah menghuraikan objek itu ada;ah mirip cendawan lancar dengan salah satu hujungnya kelihatan seperti mulut manusia.

Seorang penduduk kampung menambah "Kami telah menemui dengan beberapa orang warga tua, ada di antara mereka berusia 80 tahun untuk merujuk apakah objek tersebut, tetapi mereka tidak pernah melihat objek seperti itu sebelum ini."

Selepas merujuk di dalam laman web berkaitan objek berwarna merah jambu ini, He mula merasakan ia adalah sejenis kulat yang dikenali sebagai lucid ganoderma.

Wartawan wanita muda ini kemudiannya berkata akan membawa cendawan ini kepada ahli botani untuk di analisis.

Walau bagaimanapun, beberapa penonton yang menonton rancangan ini dengan cepat mendapati bahawa objek misteri ini sebenarnya adalah faraj tiruan.

"Kejahilan ini sangat dahsyat. Bagaimana wartawan ini boleh tersilap menyangka alat mainan seks ini adalah sejenis kulat?" komen seorang penonton di dalam microblog Weibo.

"Saya memiliki sebuah kedai mainan seks dan objek ini adalah sama seperti faraj tiruan Saya menjualnya setiap hari," kata seorang penonton lain di Tianya.cn.

Stesen 2 telah mengakui kesilapan tersebut di laman web mereka semalam.

"Kami memohon maaf di atas kesilapan dari liputan berita pada hari Ahad lepas. Insiden ini telah menarik perhatian awam dan komen," katanya.

"Kami memohon maaf jika menyebabkan ketidakselesaan kepada penonton kerana pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini."

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online