BREAKING NEWS

Lamborghini versi Poland... Malaysia bila lagi?


Perghh.., memang tak sangka beb negara seperti Poland mampu hasilkan supercar setaraf dengan Lamborghini..

Kereta yang dihasilkan oleh Arrinera Automotive ni memang cun.., dan dikatakan bakal menjadi antara yang terpantas atas jalanraya..

Dilengkapi dengan enjin V8 6.2 liter.., kereta ni mampu hasilkan 650 kuasakuda pacuan hadapan.. Dan untuk memecut dari 0 - 100kmj hanya perlukan 3.2 saat je beb... Wohaa!!!!

Yang paling gua salute.., kereta ni dilengkapi dengan thermal camera night vision untuk pemanduan malam serta jalan yang berkabus atau hujan... Memang terbaeklah!!!

Harga atas jalan bagi model baru ni dijangka $160,000 atau bersamaan lebih kurang satu juta Ringgit Malaysia.. So sapa yang berminat?

Agaknya bilalah Proton nak hasilkan model supercar macam ni yee..? Kalau Poland boleh, takkan Malaysia tak boleh kot?







1 ulasan :

  1. Sukar bagi Proton untuk merealisasikan kenderaan seperti itu walaupun Proton sebenarnya mampu, kerana kebanyakan minda rakyat kita telah diserapi tohmahan bahawa Proton tidak berkualiti.... Bayangkan hiasan dalaman kereta Proton dikatakan buatan dari 'plastik murah' walhal Toyota juga menggunakan plastik hiasan yang sama... Begitu juga pihak Bank sanggup mensabotaj pembelian kereta Proton dengan mengenakan bayaran faedah pinjaman yang tinggi berbanding kereta import jenama lain... Rakyat kita mencemuh kereta yang dihasilkan oleh rakyat (ada Melayu, Cina dan India serta lain-lain bangsa) Malaysia sendiri dan mengagung-agungkan jenama dari negara Jepun, Korea, China dan lain-lain... Saya sendiri telah memandu kereta WIRA dan WAJA... kereta WAJA saya sudah menghampiri 300,000 kilometer dan hanya sekali kenderaan saya tersadai bila 'petrol pump' tiba-tiba rosak... Saya berpuas hati dengan kereta ini dan saya yakin kereta jenama Proton lain juga berkualiti.. Hanya mungkin kepuasan memandu tidaklah sama.... Proton menjadi bertambah baik sebenarnya... Saya tabek hormat kepada mereka yang membeli kereta PROTON....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online