BREAKING NEWS

Darah BIRU Belangkas berharga RM 17ribu seliter..


Ini mungkin berita baik bagi mereka yang ada membela atau menjalankan perniagaan belangkas..

Bukan setakat daging belangkas ni je yang berharga beb, tapi darah menatang ni pun mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran..

Cuba korang bayangkan, seliter darah biru yang terhasil dari belangkas ni berharga RM17,500.. WOWWW !!!!

Tapi ia valid untuk darah belangkas je tau.., bukan darah manusia yang perangai macam belangkas.. Apatah lagi darah Brader Nuar... Hahahahaha...

Jom gua kongsikan sikit kenapa darah menatang belangkas ni mahal banget..

Darah berwarna biru dari belangkas amat bernilai di Amerika Syarikat.. Ia berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di sektor perubatan negara tersebut.

Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia.

Tapi hanya 45 ekor diperlukan jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor misalnya.., menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Memang sedap beb...

Belangkas juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar saja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya orang yang benar-benar tahu sahaja mampu menyediakan hidangan dari belangkas ni.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online