Ummi Hafilda Ali menyatakan kesediaannya untuk tampil menjadi saksi kepada mana-mana pihak yang disaman oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian jika abangnya itu berhasrat menyaman pihak-pihak yang mengaitkan Ahli Parlimen Gombak tersebut dengan rakaman aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang seperti didedahkan oleh beberapa blog.
Malah, Ummi Hafilda juga menyatakan kesediaannya untuk menjadi pelapor bagi menyiasat siapa individu dalam gambar tersebut sekiranya Azmin masih tidak membuat sebarang laporan dalam tempoh tujuh hari.
“Semalam ibu saya menangis sepanjang hari sebaik mengetahui gambar aksi lucah seorang lelaki mirip Azmin dengan seorang wanita yang tidak dikenali.
“Saya sanggup buat apa sahaja demi untuk membersihkan nama baik keluarga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Azmin yang mahu menyaman Utusan Malaysia berhubung gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog baru-baru ini.
Bagaimanapun sehingga kini Azmin masih belum membuat laporan polis walaupun telah didesak oleh Ummi Hafilda semalam.
Ummi Hafilda berkata, bukan niatnya untuk mencari buruk atau menganiaya sesiapa sebaliknya semua itu dibuat untuk mencari kebenaran hakiki.
Tegasnya, jika minggu depan Azmin masih tidak membuat demikian, beliau akan membuat dua laporan polis melibatkan abangnya itu.
“Yang pertama saya mahu polis siasat gambar-gambar tersebut dan kedua adalah untuk mengetahui sama ada Affifah Azmin itu benar-benar anak abang saya atau tidak.
“Ini adalah permintaan ibu yang mahu semua persoalan itu terjawab sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sebab itu saya akan pastikan kebenaran dapat dicari," ujarnya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan