BREAKING NEWS

Polis yang salah biarkan Khalid Ismath belasah.. - Mahpoz

Tindakan polis menjadikan Khalid Mohd Ismath sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Pasukan polis mempunyai segala kelengkapan yang canggih untuk membuat penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah lelaki berbaju belang yang menendang polis itu.

"Amat tidak professional dan zalim jika polis menjadikan Khalid sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno yang sebelum itu memfitnahkan pelajar itu sebagai lelaki berkenaan.

"Dengan tindakan itu, polis meletakkan dirinya sama taraf dengan Utusan Malaysia dan memburukkan lagi imejnya," kata beliau.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan di muka hadapan gambar Khalid dan gambar lelaki yang menendang polis itu untuk memberikan gambaran bahawa Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itulah yang menendang polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Malah, di bawah gambar lelaki yang menendang polis itu, akhbar tersebut dengan jelas menulis "Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0".

Mahfuz berkata, polis tidak sepatutnya meletakkan pihaknya sama taraf dengan Utusan dan blog-blog Umno yang sebelum itu menuduh Khalid adalah lelaki berkenaan.

"Polis tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya dan tidak lagi meyakininya.

"Tindakan polis menahan Khalid hanya berdasarkan gambar itu bukan sahaja menyebabkan masyarakat tidak mempercayainya malah ia dibimbangi boleh mengakibatkan polis menjadi bahan cacian dan ejekan yang dimaki-maki," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai tindakan polis yang mahu menangkap lagi Khalid berikutan tulisannya di dalam laman Facebook, Mahfuz berkata perkara itu berlaku kerana Khalid sangat tertekan setelah ibunya, Faridah Abdul, cedera teruk akibat tindakan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

8 ulasan :

  1. Mahfuzzzzmampos tu merepek apa kejadah !!!. Agaknya mak dia terkenan dengan orang UMNO masa mengandungkan dia kot. Asyik2 UMNO asyik2 UMNO dah takda modal lain. Polis pon dia kata macamtu. Sah2 memang Banggang punya Adun. Macam ni punya orang pun pencacai2 tu boleh pileh ...Apa nak jadi dunia PR. Siang malam asyik teringatkan UMNO . Fitnah tu macam makan Kacang chinadoll atau makan aiskrim jamban..... BERTAUBAT lah orang2 yang munafik !!!!.

    BalasPadam
  2. Merepek jer si Prof Serba Tau tu...

    BalasPadam
  3. hihihi..entahlah dorang ni..apa nak jadi?

    BalasPadam
  4. haha akibat terlalu memutarbelitkan fakta, puak2 pr nie tk sedar yg mereka kelihatan bodoh bila mereka membuat kenyataan..

    BalasPadam
  5. mampus,mampus x abis mr bean tahap longkang ni menafikan menegakkan ko@#$ yang mati pucuk tu

    BalasPadam
  6. simple...dia org ni semua gua tgk dah jadi "JOKER" .....yg buat "JOKE"...

    BalasPadam
  7. orang macam mamphoz dan lain2 pemimpin Pakatan Rosak yang sewaktu denganya,sememangnya hati mereka telah menjadi hitam dok kerana maksiat yang mereka sendiri lakukan.
    Merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online