Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.
Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu.
"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.
"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.
Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.
Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada lelaki Eric.
Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.
"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam aspek kerohaniannya sebagai mualaf.
"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.
Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun depan di Duchess Palace dekat sini pada pukul 11 pagi. Kira-kira 200 tetamu bakal dijemput pada hari bahagianya itu yang dibuat secara kecil-kecilan.
Dalam pada itu, Nurul memberitahu, Eric telah memeluk Islam sejak 13 Februari lalu dan tindakkannya itu telah meyakinkan bahawa lelaki tersebut sesuai untuknya.
Nurul juga tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Eric dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lima tahun menjanda.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
kalau bangsa lain dapat membuatkan ko jadi muslimah yg menutup aurat aku malu sebagai kaum melayu tapi kalau ko stay mcm ni ko kawin la dgn sapa saja...
BalasPadammeme tak guna...
pejuang hamas...
Masalah nya skg ni orang lelaki melayu tk mau dia.Siapa nak kalau pakaian rupa gitu. Dia rasa dia updated, dia rasa dia high taste, tapi dia silap org pun tak teringin dia, Ajai dh happy dgn his new family. Padan muka nurul, dia ingat cerai dgn ajai dia petik jari ramai org melayu kejar dia. Ha dia silap...
BalasPadam