BREAKING NEWS

HOT!!! Polis Arab Saudi siasat demo Bersih di Mekah dan Madinah.

Pihak berkuasa tempatan melalui agensi Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama dengan Bersih.

Segala bukti- bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam dari CCTV sekitar Restoran D’Saji, Masjid Nabawi dan yang disebarkan melalui internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.

Mengikut maklumat yang diterima pada mulanya pihak berkuasa tempatan tidak menyedari pelancaran Bersih 3.0 di Mekah. Mereka hanya dapat mengesan selepas penyiasatan dilakukan berhubung pelancaran di dalam perkarangan Masjid Nabawi Madinah.

Bagi perhimpunan di Mekah, pihak pengurusan D’Saji telahpun diminta untuk memberi perjelasan dan membuat surat akaun menafikan mereka terlibat dalam majlis tersebut.

Difahamkan pihak kedutaan Malaysia juga telah dipanggil oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. Sehingga tulisan ini disiarkan belum ada maklumat lagi samada pihak kedutaan telah bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi atau pun belum.

Selain itu pihak berkuasa juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (sponsor) para pelajar dan profesional terbabit bagi tujuan siasatan.

Berdasarkan perkembangan di atas, berkemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya , dan bagi yang bukan pelajar tajaan pula mereka mungkin akan dikenakan tindakan lain termasuk kemungkinan diusir keluar dari Arab Saudi.

Kes ini juga berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat. - Sel13

5 ulasan :

  1. barua la puak2 ni. wt bsuk name m'sia je. lncau tol. Kapiaq DAPigs kne balun ngn mat saleh http://www.youtube.com/watch?v=TY7e7x93vM0

    BalasPadam
  2. kan dah menyusahkan org lain..bangang namanye..kapiaq yahudi sponsor lg, ceh!

    BalasPadam
  3. Penyokong Dajal pun wujud di tanah haram!

    BalasPadam
  4. MEMALUKAN NAMA MALAYSIA. SEDANGKAN ORANG-ORANG ARAB BILA TEGUR ORG MALAYSIA YANG MEMUNAIKAN UMRAH MEREKA SELALU BERKATA "MALAYSIA BAGUS" AKU TAU CUZ AKU PERNAH G MEMUNAIKAN UMRAH. CUKUP MEMALUKAN TINDAKKAN MEREKA YG BUAT DEMONSTRASI BERSIH KAT SANA. KERANA DI HULUR BEBERAPA RATUS RINGGIT MEREKA IKOT APA YG DI SURUH. BELAJAR TINGGI TAPI PEMIKIRAN BERADA DI BAWAH TANAH.

    BalasPadam
  5. Tahniah lah BERSIH 3.0
    harap boleh lah tanggung klau tok aku tak sempat tunai haji sebab pemegang pasport MALAYSIA tidak dibenarkan masuk selama 3 musim haji.
    IRAN, LIBYA, SUDAN dah pernah kena sebelum ini walaupun demo/kempen mereka konon nak bela islam. Tetapi undang2 Saudi yg jelas tidak mahu Agama dijadikan sebagai pentas politik.
    Maka kena inilah tindakan sewajarnya sebagai pengajaran kpd mrk yg lain.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online