BREAKING NEWS

HOT!!! Ady Putra bercerai selepas balik umrah dengan Nora Danish...

Gua sebenarnya optimis dengan berita penceraian diantara Ady Putra dengan isteri dia tu.. Bagi gua, tak perlu lah nak bercerai walau apa sekalipun masalah yang melanda..

Tuhan bagi kita akal untuk selesaikan segala permasalahan yang timbul.., bukannya pilih jalan mudah dengan lari dari masalah tersebut..

Memanglah jodoh dan ajal tu di tangan Tuhan, tapi kita sebenarnya yang patut usaha untuk kekalkan kebahagiaan khususnya dalam rumahtangga..

Nak bahagia bukan senang beb.., usaha berterusan amat dituntut untuk cari kebahagiaan tu..

So.., gua dimaklumkan Ady Putra dah failkan penceraian dia selepas kononnya dia mohon doa masa melakukan umrah..

Korang pun tahu kan dengan sapa pelakon macho tu buat Umrah hari tu...

Gua tak nak kata Ady Putra bercerai kerana Nora Danish.., tapi itulah persepsi yang berlegar dikalangan peminat hiburan sekarang.. Nak tak nak, kena terima lah kannn...

Dan SEANDAINYA dorang berdua tu memang betul ada 'hubungan'.., tak perlu rasanya sampai nak bercerai berai beb.. Laki kan boleh kawin sampai empat kalau mampu..

Apapun, gua harap sangat rumahtangga Ady Putra dapat dipertahankan.. 6 tahun kawin beb.., takkan tak ada langsung persefahaman kann...


“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu.

Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya.

Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.

5 ulasan :

  1. Bro
    Kadang2 tu bercerai lebih baik dari menyeksa jiwa. Ni gua story kes depan mata sendiri....

    Pasangan ni dah kahwin 25 tahun dan baru resmi bercerai tahun lepas. Gua selidik dan gua dah tanya habis2. Suami dia dah sabar dgn kerenah isteri selama dia kahwin sebab anak2. Perangai isteri dia memang cemburu gila dan mulut lepas. Panggilan pada suami dia termasuklah anjing, babi, dayus, keparat dll hanya kerana balik lambat dan berborak dgn kawan di kedai mamak. Dah lapan tahun isteri dia sebut mintak cerai. Isteri dia boleh cabar yang suami hodoh macam laki dia tak akan ada perempuan yg nak.

    Pendekkan cerita suami dia terjumpa kawan perempuan tempat kerja lama isteri dia. Kebetulan perempuan tu pun dah janda. Suami dia pun fikir inilah peluang untuk dia buktikan pada isteri dia yang suami hodoh ni ada peminat. Bila isteri dia tahu hubungan tu....hmmm macam orang gila. Hari2 mintak cerai hingga satu hari isteri dia bawa pisau ugut suami dia mintak cerai. Oh sebelum tu isteri dia ugut bakar diri depan api kalau tak ceraikan. Last, suami dia ceraikan juga dan kahwin dengan janda kawan isteri dia. Anak2 semua ikut suami sebab tak tahan dengan mulut mak sendiri.

    BalasPadam
  2. Betul tu, saya setuju...buah kalau dah busuk kalau disimpan akan berulat. hubungan pun sama...hati kalau dah xde rasa sayang lagi mmg x boleh dipaksa.

    cerita diatas sama dengan ape yg terjadi pada saya...sy la perempuan janda tu..sebenarnya Allah maha adil....segala ape yg berlaku pasti ada hikmahnya...percaya la...

    BalasPadam
  3. orang lelaki ni klu dah ada wanita lain tak kirala janda ke dara ke ...... istri dia pasti jatuh no2 walaupun dah puluhan tahun kawin, dia takan cerai isteri dia sebab anak-anak dan dia guna istri dia bila diperlukan seperti kain buruk dah pakai buang, itulah nasib malang kaum hawa. kekuatan iman menjadi penentu. malangnya penghuni neraka ramai wanita....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online