Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh Kelantan kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.
Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.
Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.
“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.
“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.
Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.
p/s: Nasib baik air tu tak tukar jadi HIJAU.., kalau tak, mesti puak-puak jumud parti bulan kata ia mukjizat Tok Guru.. Hahahahaha...
8 comments:
air jadi merah ni salah satu musibat nik ajis
boleh buat bisnes tuu...utk tambah pendapatan kerajaan kelate.
tanpa nama 9 Mei 2012 8:44 PG...hahahaha...
bagus idea tu...buat bisnes air sirap tok guru...
boleh bisnes jual air siram tinggal tambah air gulanya sahaja.. hee
mak aih.guna air telaga buat keropok.biasanye org gne air telaga ni buat basuh kaki je kt kg aku.tapi beselah di kelantan,rakyat dorg yg xnak berubah nk buat mcm mana.terima sajalah apa yg pok nik sediakan....
Firaun pernah diturunkan malapetaka di mana air minuman bertukar menjadi merah seakan darah. Sila rujuk alQuran Surah Al A'raf ayat 133
kalau warna hijau confirm jadi telaga keramat la...
puak bersih bleh la tawaf keliling telaga sambil bawa banner bersih 3.0...
kerajaan kelantan akau beri bonus setiap pusingan...
pejuang hamas...
sesat..
Catat Ulasan