BREAKING NEWS

SERAMM !!! Mak Lampir kasi WARNING sama Shafie..

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat.

Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk ‘membiayai’ seorang artis terkenal.

“Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

3 ulasan :

  1. Zuraida berkata kenapa menteri tu tak ambil dia tetapi ambil Zahida. nama pun hampir sama...

    BalasPadam
  2. Pasai muka dia tak lawa lah.... tu pasai kena tinggal dan kini tengah gila meroyan la tu.

    BalasPadam
  3. Ala nak buat fitnah memang kacang derr...buktikan lah dulu dakwaan lu...bukan lu pi mintak bukti dari apa yg lu tuduh dari orang yang kena tuduh...Sah pembangang yg bangang.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online