BREAKING NEWS

Seorang Pondan bakal jadi calon Pilihanraya... Woha!!!

Seorang pondan mendapat tumpuan ramai di Thailand apabila mencatat sejarah sebagai orang yang pertama di kalangan golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai calon pilihan raya Wilayah Pentadbiran Nan.

“Saya yakin pengalaman dan kemampuan saya akan berguna dalam pembangunan wilayah Nan,” kata Yonlada ‘Kirkkong’ Suanyos, 30, kelmarin.

Walaupun dianggap sebagai muka baru dalam politik, Yonlada, sudah terkenal sebagai presiden Persatuan Wanita Trans Thailand.

Sejak beberapa tahun lalu, Yonlada berkempen supaya diberi hak untuk berpolitik. Selain itu dia turut memiliki perniagaan barang kemas sendiri selain mengendalikan stesen televisyen satelit.

Tahun lalu, Yonlada dinamakan oleh pertubuhan media sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam di kalangan masyarakat Thailand.

“Saya percaya golongan pondan dan golongan homoseksual akan memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Selepas menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 16 tahun, Yonlada adalah wanita secara fizikalnya tetapi dokumen rasmi masih menggelarnya lelaki.

Beberapa personaliti hiburan turut menyokong kempen Yonlada untuk jawatan kaunselor Nan.

Penyelaras projek bagi Yayasan M Plus, Pongthorn Chalearn, berkata kehadiran Yonlada dalam pilihan raya di Nan akan meningkatkan kepelbagaian politik.

“Sudah lama lelaki menguasai politik negara ini. Yonlada mempunyai peluang baik untuk menang kerana mendapat sokongan padu di utara wilayah itu. Ibunya pernah menjadi ketua komuniti Ban Suan Tan,” katanya.

Yonlada bertanding sebagai calon nombor satu di bahagian pilihan raya satu di Tambon NaiWiang. Pencabarnya ialah Pawat Sattayawong and Suchart Jitbanjong, kedua-duanya lelaki.

2 ulasan :

  1. lepas tu nanti budak2 punk budak2 skin semua pun nak berjuang hak asasi dorang, pastu semua pun nak jadi YB..

    YA ALLAH JANGANLAH DIKAU PUTUSKAN HIDAYAH MU KEPADA MALAYSIA YA ALLAH

    BalasPadam
  2. orang mcm ni la yang ANUar ibrahim cari2 sangat ni....pengikut2 ANUar semua,apa lagi pegi la bagitau bos korang tu supaya g melawat wilayah nan d thailand.amik restu beb! mana la tau kot2 dgn restu dia ANUar bleh jadi PM....ptttuuiiihhh

    p/s jgn lupa bawak ambiga skali

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online