BREAKING NEWS

Salleh Man jadi mangsa komplot DAP-PKR di Penang.

Pulau Pinang mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunaikan janji dalam pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada parti itu sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir pada tahun 2009.

Bercakap kepada mole.my, Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilaporkan berkata, “semasa pilihanraya kecil itu, PAS dijanjikan jawatan YDP MAINPP jika menang di Permatang Pasir.

“Secara peribadi, saya merasakan ini bukan isu, tetapi bagi sesetengah orang, ianya melibatkan persoalan janji seseorang”, katanya.

Walaupun PAS memenangi pilihanraya kecil itu namun janji untuk memberikan jawatan YDP MAINPP kepada satu-satunya wakil rakyat PAS di Pulau Pinang itu tidak ditunaikan.

Sebaliknya bulan lepas, jawatan itu diberikan kepada YB Malik Kassim dari PKR yang sudah memegang jawatan EXCO Negeri Pulau Pinang (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna).

Malik adalah Adun PKR bagi kawasan Batu Maung dan juga merupakan pemimpin kanan PKR di Pulau Pinang.

Kemelut mengenai perlantikan YDP MAIPP ini telah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menyebabkan Pembangunan Tanah Wakaf Aishah di kawasan Seberang Jaya tidak dapat dilaksanakan akibat dari kekosongan jawatan tersebut.

Sebelum ini, nama Salleh Man Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan wakil rakyat Permatang Pasir disebut-sebut bakal mengisi jawatan tersebut.

Salleh disebut-sebut sebagai calon yang paling layak berasaskan latar belakang pendidikannya, namun diketepikan kerana ‘komplot’ DAP dan PKR yang menguasai pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang. -AIDC


p/s: Pas cuma boleh setakat tak puas hati je laa..., nak lebih-lebih mana dorang ada telor beb.. Hahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online