BREAKING NEWS

Puisi suami yang kemaruk nak kahwin lain...


***Puisi buat Isteri***

Isteriku yang kucintai.,

jika kau bumiku.,

akulah mataharimu..

kan ku sinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku..

Ingatlah bahtera yg kita kayuh syg.,

begitu penuh dgn riak gelombang..

Aku pasti akan tetap menyinari bumimu itu., hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan cahayaku..

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku..

Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…




***Balasan Puisi Sang Isteri***

Suamiku Manja.,

andai kau memang mentari,

sang suria yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau untuk memberikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII..

Bila kail panjang sejengkal,.

kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

anganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi walau dengan lampu elektrik sekalipun..!

Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu…

MATAHARI atau lilin ? pleaselah…!!!

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online