Seorang pelajar tingkatan lima mengaku melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu semata-mata cintanya terhadap seorang warga Pakistan yang bernama Samer Khan.
Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, yang baru pulang kembali ke pangkuan keluarganya sejak seminggu lalu mendedahkan dia melakukan sedemikian kerana cintanya mendapat tentangan keluarga.
“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya kepada Kosmo.
Bagaimanapun, Nurul Zakiah mengesahkan dia telah memutuskan hubungan dengan warga Pakistan tersebut setelah berita mengenai perbuatannya melarikan diri tersebar di dalam beberapa akhbar utama negara.
“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan. Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya.
Gejala lari ikut kekasih kini semakin menular dikalangan para pelajar sekolah di negara ini. Sebelum ini, dua pelajar sekolah menengah melakukan perkara yang sama tetapi berselindung disebalik alasan diculik. - MPPkini.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
drpd lari ikut mamat pakistan lebih baik lari ikut ostat badrolamin...nanti dia boleh buat sesi kaunseling jam 3 pg....hehehehehe....
BalasPadamantara kesan kebebasan hak asasi manusia...
BalasPadamni pakistan yg jual ais krem naik moto ker?
BalasPadamkutooobamboo
apahal ikut pakistan ?!!!!!!!!
BalasPadambyk lagi laki yg nk kawen xdpt jodoh lg ni.