Biarpun beberapa kali dirempuh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semangat Mahasewel yang berkhemah di Dataran Merdeka tidak patah, yang kini sudah masuk hari ke-12.
Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka.
Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang.
Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
Menyedari mungkin DBKL akan melakukan lebih banyak sekatan menjelang Bersih 3.0, pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata kumpulan mahasiswa itu cuba tidak berganjak dari situ bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.
Dalam serbuan sebelum ini, enam mahasiswa ditahan, dan dibebaskan kemudiannya dengan jaminan.
Seorang dari mereka, Umar Mohd Azmi, bagaimanapun didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBKL, dari menahan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
santau jer bebudak ni..jangan bagi tinggal benih!
BalasPadam