Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.
Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.
Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.
Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.
Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.
Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.
Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.
Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.
Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.
Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.
Kredit: MyNewsHub
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Malo da lelaki tuu,..llki jgk..mcm norman..dlu kate xde ap2,xde prasaan syg lgsg..tup2,crai lwen gk ngn betina tuuu...niii,,safee da la jauh dr istri..da femes plak..minah endon mane xnk kann...safee plak,tpu la kalo ckit nfsu xde kan..indon ni,phm je la..laki pon ad 9 nfsu..mlaenkan kalo die da mati pucuk..tetttttt...haha!!
BalasPadamnilh tabiat org melayu..teror sket tp ego mcm dh jd beckham...xsedor diri br setakat main kt endon dh berlagak teror...sbb tulh smp skg mane de org melayu kekal pemain sukan terbaik..lps dpt habuan duit terus karier menjunam..dari badminton smp bola...same je..
BalasPadamSAbrina di daguuuuuuuuu panjangggggggggg
BalasPadamniadmin jgn mengarut boleh x.bila masa plak safee duduk brjauhan dgn isteri dia.keluarga dia ikut dia berpindah ke pelita.stiap masa isteri dia ada di sana.itu masalah dalaman diorg,jgn pndai2 buat spekulasi sndri.
BalasPadam