BREAKING NEWS

Kadir Kicap akan join Bersih 3.0 untuk jadi Putih..

Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.

Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.

"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.

"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.

Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.

"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.

"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.

Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.

"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.

"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka, suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel)

4 ulasan :

  1. ni lagi satu muka yang x bleh blah.....muka orang yg kecewa. kalau dh x bleh perform tu dok je la diam2
    aku ingat lg 1 masa dulu bukan main kuat lg dia menentang pembangkang....bukan stakat ludah biasa,siap ada kahak lg
    tapi skarang apa dh jadi....kat sini aku dh dapat menilai manusia jenis apakah dia ni
    sheikh sheikh...perlukah kau d kaunselingkan pada jam 2 pagi?????

    A.B.A.I

    BalasPadam
  2. Biar Anwar liwat je si Kadiaq nih.. Baru dia ada akai sket..

    ZoRRo...

    BalasPadam
  3. xleh blah aku tgk muka dia ni..
    duit dh hbs ke bai..

    BalasPadam
  4. anjing hitam dah get ready nak jadi babi hitam...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online