BREAKING NEWS

HOT !!! Proton Preve' tercabut tayar di tengah jalan.. Biar betul beb...


Tadi.., gua terbaca satu forum yang menyebarkan gambar Proton Preve' yang katanya rosak di tengah jalan.. Dorang sebarkan kata model Preve' tu pasang tak elok sehingga tercabut tayarnya semasa mengambil selekoh..

Kejadian tu katanya berlaku di Jalan Sentul menghala Gombak pada pukul 4 petang..

Untuk mendapatkan kepastian, gua terus menghubungi sahabat baik gua dalam Proton.. Gua dimaklumkan.., yang sebenarnya kereta Preve' tu mengalami kemalangan..

Kereta Preve' tersebut telah ditempatkan di Pusat Pameran Proton Setapak, dan penasihat jualan disitu telah memandu kereta berkenaan dalam sessi test drive..

Didalam perjalanan di Jalan Sentul, kereta terbabit telah cuba untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan dan terbabas..

Proton Preve ni terlanggar pembahagi jalan dan terkena pada bahagian tayar yang mengakibatkan kereta tersebut melambung. Ketika kereta Proton Preve ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah..

So.., gua rasa dorang yang sebarkan gambar kejadian tu tak menceritakan kisah sebenar yang berlaku.. Rasanya.., dorang tu bertujuan untuk menjatuhkan imej Proton dan juga model Preve'..

Maklum lah.., ramai yang dengki bila Proton keluarkan model Preve' ni beb.. Bukan setakat luaran nya mantap.., kemasan dalaman Preve' juga setanding dengan kereta jenama terkenal luar negara..

Perdana Menteri kita sendiri puji model baru ni.. Malah kelancaran pemanduan Preve' juga mendapat pengiktirafan dari pemandu F1 Jean Alesi..

Jadi, biasalah kalau Preve' kena fitnah dan kena kutuk oleh pihak-pihak yang busuk hati tu.. Gua harap, jangan pulak ada diantara pembaca blog gua yang termakan dakyah dorang tu yee..

Dengar boleh.., percaya tu jangan lahh ye... =)


p/s: Gua tak dibayar untuk tulis artikel ni.. Semua dilakukan demi semangat cintakan barangan buatan Malaysia..

Tapi kalau Proton nak bagi token, hadiahkan gua Preve' atau Inspira sebijik pun jadi lahh... Hahahahahaha....



5 ulasan :

  1. kalau macam ni nak mintak proton tukar suka sama suka dengan wira dawai aku. :))

    BalasPadam
  2. Ini cerita benar..sekiranya saya menipu, saya rela Allah laknat saya & 7 keturunan saya.

    Saya pembeli kereta exora bold baru. Dah hampir 3 bulan guna. Problem masa baru 800km millage @ 1 bulan guna..minyak hitam bocor! 2 minggu tersadai (1 minggu kat servis centre tun razak & 1 minggu kat HQ shah alam). Time tu susahnya..kereta ada 1 - tu la nak hantar anak sekolah, hantar bini keje & saya ke kerja. Masalahnya 'head cam' kat engine tak diletak/dipasang. Time saya hantar kat desa tun razak, ada 1 kereta exora kes macam tu. Proton - nama aje canggih tapi Quality hampas. 1 bulan lepas dalam berita harian, sama jugak kes nya tapi lagi teruk..absober rosak, pemanas cermin belakang tak panas.

    AWAS - engine Exora Bold ni 1.6cc + turbo...engine yang sama jugak untuk previe. Turbo beb..turuk punya tur.

    BalasPadam
  3. kalau nak try proton preve tu dgn kete aku thn 1992 ni mai la..sehebat mn sgt preve tu>Lie4age blacktop 6speed

    BalasPadam
  4. Aku dah pakai preve hamper setahun..secara overall aku mmg puas ati dengan preve ni..yang dok kutuk2 preve ni orang2 yang dengki je...maklum la xpt pki preve..hehe..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online