BREAKING NEWS

Gua sanggup terima cintanya.. Wohaa!!! @maya_karin


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.. Cinta datang kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati..

Cinta juga datang kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan cinta kekal kepada mereka yang mempunyai keberanian.., serta keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Perghhh..., lama tak bermadah semenjak gua tinggalkan zaman romeo.. Ni semua Maya Karin punya pasal laa.. Apapun.., gua doakan yang terbaik buat Maya..

Semoga kebahagiaan menjadi milik dia.. =)

------------------------------------------

Pelakon jelita Maya Karin menjelaskan dia sudah bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.

Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran.

"Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya.

"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," ujarnya kepada akhbar The Star, Sabtu

Dalam pada itu, Maya berkata, kejayaan Ombak Rindu yang berjaya mengutip hampir RM11 juta bukan sahaja telah mengubah kerjaya lakonannya malah dirinya sendiri.

Kata Maya, watak sebagai Izzah seorang gadis kampung yang polos dijadikan inspirasi kepadanya dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

"Saya cuba mengekalkan sebanyak mungkin kualiti pada watak Izzah seperti kesabaran, tenang, sikap positif apabila timbul masalah dan sebagainya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru Maya berkata, dia bakal bekerjasama dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali untuk filem terbarunya.

Bagaimanapun kata Maya, akibat kekangan masa banyak karya yang bagus terpaksa ditolak buat masa ini dan dia menganggap bukan rezeki buatnya

"Saya sangat sibuk dengan beberapa projek yang telah diterima sebelum ini malah pada hari cuti pun saya perlu memenuhi undangan sesi penggambaran bersama media.

"Masa lapang saya pun dikorbankan untuk bersama keluarga dan rakan-rakan itu pun masih terkejar-kejar dengan pelbagai perkara," ujar Maya. - Mstar

5 ulasan :

  1. huhhhhhh,,, sempat lagi tu potong kat corner,

    BalasPadam
  2. adam pun minat gak ni...izzzzzzaaaaaahhhhhh...

    BalasPadam
  3. Cayalah lu bro. Gua pasti kalau Maya baca entry ini, mesti dia tergoleklah. Tak payah tagih cinta dari Encik Harris. Encik MPP sudah lama menunggu...dengan ini Gua mau mainkan lu satu lagu berjudul SABAR MENANTI...yang dendangan Broery. Hehehe

    BalasPadam
  4. Kjee.., lama tak dengar lagu Broery tu.... Thanks.

    BalasPadam
  5. Ntah-ntah sdg buat preparation kut.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online