BREAKING NEWS

Gambar Zarina Anjolie bercium dalam kereta..

Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.

Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.

Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.

Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.

Selain itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.

Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.

Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan – ‘ketiak basah’.

Sebelum ini, Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.

Bermula dengan identiti seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri, Anak Pontianak. – Mynewshub.my

5 ulasan :

  1. berlakon x seberapa, skandal jek lebih...mcm mana lah anak muda kat malaysia ni x rosak...asyik disajikan dgn keruntuhan akhlak oleh pihak2 yg kononnya "Public figure"....perasan!

    BalasPadam
  2. Glamour dengan KONTROVERSI SEKSI jerlah kau. Sebagai seorg pengikut seni, biasanya org cam ni kawin pun sekejap jer. Dah jemu...... abis di muntahkan. Bagaimanapun di doakan agar beliau tidak tergolong dalam golongan tersebut. Amin

    BalasPadam
  3. Nampaknya dunia hiburan negara dah mula di penuhi dengan artis-artis porno @ sundal @ jalang... dah sama mcm Indonesia dan Hollywood

    BalasPadam
  4. artis ni memang perangai macam sundal... wakakakaka... isap dadah la.. tayang dada la... ini macam mahu bagi artis pakai cermin gelap???? boleh blah la...

    BalasPadam
  5. aduyai payah la wei prngai mcm nie.. Mrosakan bangsa sndiri.. Kau bkan bdk kcik lg.. Bleh pkir mane baek n buruk..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online