BREAKING NEWS

Artis masuk PAS kerana marahkan kerajaan - Tuan Ibrahim

PAS berkata, konsep PAS untuk semua telah diterima bukan saja kepada orang politik tetapi golongan yang lain juga.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa artis lagi akan menyertai PAS tidak lama lagi.

“PAS sedia berdialog dan berbincang dengan artis mengenai konsep hiburan dalam Islam sesuai dengan perjuangan parti ini.

“Bagaimanapun, kita mengalu-alukan penyertaaan mereka ke dalam PAS,” kata beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, artis menyertai PAS kerana mereka marah dan muak dengan apa yang berlaku sekarang.

Katanya, salah guna kuasa yang berterusan dan campur tangan politik dalam pelbagai institusi termasuk dalam persatuan artis.

“Mereka kecewa, mereka marah lalu mengambil tindakan menyertai PAS. Penyertaan artis dalam PAS diterima masyarakat umum,” kata Tuan Ibrahim.



p/s: Gua rasa Tuan Ibrahim ni mengigau laaa...Artis masuk PAS kerana marahkan kerajaan atau artis tu nak cari makan?? Tuan Ibrahim nak bohong sapa sebenarnya nih?

2 ulasan :

  1. Pas ni bercakap macam peraduan bahas, tersalah cakap pun tak apa. Tuduh sana tudh sini, fitnah sana fitnah sini, janji sana janji sini. akhirnya satu pun takb buat. Orang nak cegah arak, nak cegah murtad, nak selongkar hotel, nak tutup pusat hiburan bulan ramadhan dikatakan tak ikut majlis syura. Kalau semua tak boleh kat mana nak letak negara Islam. Pa lah tukar perjuangan kepada negara berkebajikan. Kebajikan untuk orang Islam dan bukan Islam.

    BalasPadam
  2. parti org kecewa...nama yg terbaik untuk parti pembangkang...bkn btl2 nak perjuang pun untu agama,bangsa,negara seperti yang di war warkan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online