BREAKING NEWS

Umno tak pernah ajar Islam - Ostad Chua Jui Meng

Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng mengakui selama 40 tahun berada dalam BN, Umno tidak pernah mengajarnya tentang Islam.

Bagaimanapun tambah beliau, fahaman tentang Islam itu diperolehi setelah berada dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, ajaran dan didikan Islam di perolehi daripada pemimpin PAS seperti memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka.

“Selama 40 tahun bersama BN saya tidak begitu faham tentang Islam. Saya bersama PAS dan KeADILan saya faham tentang Islam. Dulu, Menteri Agama pun tidak beritahu saya tentang al- Quran dan hadis,” kata nya.

Dr Chua mengakui setelah bersama PAS dan KeADILan, kefahaman tentang idealisme Islam yang membawa kemakmuran kepada semua lebih difahami dengan mendalam.

Tegas beliau, rakyat hari ini mencari pemimpin yang adil dan berpandukan al- Quran dan hadis dan calon seperti ini dapat menarik undi Melayu.

Beliau berharap rakyat memilih pemimpin yang mengangkat perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.


p/s: Wohaa!! Chua Jui Meng dah pandai bercakap pasal Islam sekarang ni.. Kalau dah minat sangat, apa kata Chua masuk Islam je terus.. Nanti Ostad Badrul boleh laa bagi kaunseling macam mana nak jadi muslim yang baik.. Hahahahaha...

2 ulasan :

  1. Eloklah kalau dah faham tentang islam...
    kalau sekadar ambil rasuah masuk neraka, semua org dah tahu..kalau ini yg dia belajar dari PAS, rasanya taka ada apa yg sebnarnya dia belajar..

    Tapi jgn pulak mengutuk dan mencaci org dan jgn pula buat fitnah...sebab ini semua haram dan ajaran dlm islam..

    BalasPadam
  2. Suruh dia masuk islam le apa lagi, tambah satu lagi umat islam di malaysia.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online