Seksi, ghairah dan teruja... Gua bangga dengan Proton!!!

Posted by MPP On Khamis, 15 Mac 2012 1 comments
Semalam gua dijemput ke Pameran Proton Power of 1 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.. Jemputan ni merupakan satu penghormatan besar buat blogger level cap ayam macam gua..

Di pameran ni juga, gua berkesempatan kenal dengan blogger hebat dalam dunia permotoran seperti PaulTan dan Sam Auto Scoop.. MiM auto pun ada beb.. Hahahaha...

Selepas diberi penerangan mengenai visi dan misi Proton oleh Datuk Sri Syed Zainal yang merupakan Managing Director Proton, gua dan wakil media lain dibawa melawat ke semua tempat pameran..

Syed Zainal sendiri yang bagi penjelasan dan penerangan semasa lawatan tu beb.. Memang hebat betul orang kuat Proton ni..

Lepas tu, kami dibawa untuk menyaksikan demonstrasi kemampuan P3-21A, Proton P2000, Lotus Elise dan juga kereta Lotus F1 Renault.

Memang puas hati beb.. Gua sempat jugak bergambar dengan pemandu Proton R3 P2000, Alister McRae..

Selain dari diberi penerangan oleh team graphic dan para engineer Proton, gua juga puas hati sangat bila dapat tengok sendiri proses penghasilan lakaran Proton dan juga pembuatan 'clay model' kereta nasional ni..

Apa lagi nak kata.., lepas puas melawat kawasan, lepas kenyang makan-makan.., dapat lagi goodies 2-3 beg dari Proton.., gua pulang dengan rasa seksi, ghairah dan amat teruja dengan Proton..

Pasal tu lah gua suruh korang jangan lepaskan peluang ni untuk ke Pameran tu.. Bolehlah korang rasa apa yang gua rasa.. Syiok beb..

So.., bagi korang yang duduk jauh dan tak berkesempatan pergi kat sana tu.., gua ada sikit gambar untuk kita kongsi bersama..

Terima Kasih Datuk Sri Syed Zainal.., Tengkiu buat semua team Lotus F1 dan R3 Rally Team.., dan Arigato gozaimas buat semua krew dan staff Proton diatas layanan mesra dan murah dengan senyuman..

Gua bangga sangat dengan Proton!! Dan gua pasti semua pembaca blog gua ni pun kongsi rasa yang sama dengan gua. Tahniah Proton!!
































1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bleh angau bro tgk keta ni semua. . .
good job proton. . .

pejuang hamas. . .

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online