BREAKING NEWS

Penagih dadah warga asing suspek bunuh Dirang..

Gua difahamkan, suspek pembunuhan arwah adik Dirang adalah merupakan warga asing dan juga penagih dadah.. Dah tu, dua dari suspek ni mempunyai kes jenayah..

Patutlah jahat sangat dorang tu bunuh budak yang masih tak tahu apa-apa.., mesti kes pengaruh dadah la tu..

Gua harap, semua yang bersalah tu dihukum dengan setimpal.. Perbuatan tak berhati perut dorang tu, hanya layak dihadiahkan hukuman mati mandatori je..

Mahkamah Majistret Johor kelmarin membenarkan perintah tahanan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, dilanjutkan sehingga Jumaat depan.

Tiga suspek termasuk seorang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun itu dibawa dengan van polis tiba di pekarangan mahkamah jam 9.45 pagi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa selepas mendengar permohonan pihak polis.

Ketika tiba di mahkamah, semua suspek memakai baju lokap dengan seluar pendek paras lutut hanya menundukkan kepala bagi mengelak muka mereka dirakam jurugambar media yang menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.

Ketiga-tiga suspek disahkan positif dadah Methamphetamine dan syabu, selain dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau kes penyalahgunaan dadah dan mencuri.

Pada mulanya ketiga-tiga suspek direman dua minggu bermula 2 Mac lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya susulan siasatan membabitkan kehilangan Dirang selepas dilaporkan keluar membeli mi segera di kedai blok bawah Flet Sri Delima, yang ketika itu diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Bagaimanapun, selepas ujian DNA mendapati rangka manusia yang ditemui terbakar di sebuah tapak pembinaan terbengkalai, Nusa Damai yang pada 12 Mac lalu disahkan milik kanak-kanak malang terbabit, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah selepas kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online