BREAKING NEWS

Cikgu Mala belasah Shahrizat... KFC vs NFC.

Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO disaran agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah diberikan, kata Pn. Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat.

Katanya lagi, kes yang melibatkan diri dan keluarganya nyata memberi kesan yang cukup besar disamping menjejaskan imej UMNO kerana dilihat masih lagi belum bersedia melepaskan jawatan sebagai orang nombor wahid dalam memimpin kaum hawa di negara ini.

”Beliau adalah salah seorang idola di negara ini, namun kes yang melibatkan Shahrizat tidak sepatutnya berlaku kerana masih ramai rakyat yang mencatu makanan dan bersusah payah sedangkan pemimpin bermewah dengan wang rakyat.

”Antara yang penting ialah sejauh mana siasatan akan dilakukan terhadap beliau berkaitan fedlot yang melibatkan wang sebanyak RM250 juta selain pengunduran beliau masih belum mencukupi untuk rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di kediaman Ketua Wanita Keadilan Johor, dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama, Natrah Ismail, Ketua Wanita Keadilan Negeri Johor.

Sementara itu, beliau turut menambah bahawa harapan rakyat kepada pihak berkuasa agar lebih telus menyiasat kes tersebut hingga selesai.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis percaya penyiasatan kes yang membabitkan bekas menteri itu masih diteruskan dengan tulus meskipun Shahrizat sudahpun menyatakan kesediaan untuk mengundurkan diri.

Disamping itu, rakyat katanya tidak akan berpuas hati dan tidak mahu menjadikan ini satu jalan keluar apabila melibatkan masalah integriti dengan cara berundur seolah-olah dilepaskan daripada tindakan undang-undang.

2 ulasan :

  1. pesalah mesti dihukum... buktikan undang2 tidak pilih bulu.. kembalikan kepercayaan rakyat kepada ketelusan kehakiman..

    BalasPadam
  2. ahahahahaha... tuduhan tanpa bukti kecoh la...!!!

    sharizat step down bila suami dia didakwa, tapi wan azizah tak step down pun bila laki kena dakwa..
    Chua Soi Lek step down bila kuar kes video, Eli Wong buat dono je bila gambo kangkang kuar.. siap dapat support Mak Lampir lagi...

    kecoh tul..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online