BREAKING NEWS

Nasib melayu Singapura.., kereta nak kena tarik hanya kerana 4 sen..

Tiada apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen di Singapura, tetapi 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang ingin dikenali sebagai Zainal.

Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.

Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu, Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.

Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi Zainal, 50-an tahun, seorang pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.

Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama setiap bulan.

‘Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.

‘Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.

‘Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen!’ gelak beliau.

Menurut Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.

‘Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered!’ tegas beliau.

Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja ‘tidak munasabah’, malah ‘tidak masuk akal’.

‘Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas dua atau tiga bulan tak bayar.

‘Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak wajar,’ tambahnya.

Ketika diminta penjelasan mengenai isu tersebut, seorang jurucakap Standard Chartered, dalam e-mel balasnya semalam, berkata:

‘Apa yang boleh kami katakan ialah ia disebabkan kesilapan teknikal dan kami ingin memohon maaf di atas kesukaran yang timbul.

‘Seperti kebiasaannya, kami bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi menyelesaikan sebarang isu dan keperihatinan dan kami telah pun menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan berkenaan.’

Zainal mengesahkan pihak bank telah menghubunginya pagi semalam dan memaklumkan duduk perkara sebenar.

‘Saya terima penjelasan dan dah maafkan mereka,’ tambahnya

4 ulasan :

  1. bagi kita tak ada nilai tapi bagi bank ia tinggi nilainya

    BalasPadam
  2. pegawai bank tersebut tak terfikir ke belanja pos lebih mahal dari hutang pelangganya,

    BalasPadam
  3. stupid singaporean minister

    BalasPadam
  4. tu la...matawang dollar sgpore tinggi sgt...tu sbb 4 sen pon nak berkira gak....memang tamak giler...!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online