Pepatah orang Melayu, "Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..." Bila nafsu syahwat tidak disalurkan ke arah yang diredai Allah, maka begitulah jadinya....
Ceritanya macam ni.., di Jasin, sepasang kekasih layak digelar pasangan sial apabila menjalin hubungan ‘cinta gelap’ walaupun masing-masing sudah bergelar sebagai isteri dan suami orang.
Mereka juga masih menjalinkan hubungan cinta walaupun menyedari diri masing-masing mempunyai batasan dan tanggungjawab, namun kerana tuntutan nafsu, mereka tewas untuk melaksanakannya.
Namun, hubungan cinta terlarang yang dibina pasangan membabitkan wanita berusia 21 tahun serta lelaki berusia 27 tahun itu terbongkar apabila mereka dicekup imam tempatan di daerah ini, awal pagi semalam.
Lebih mengharukan, pasangan terbabit ditahan di rumah lelaki berkenaan dan difahamkan ketika itu ibunya turut berada di rumah berkenaan.
Pasangan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, imam terbabit membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi sebelum menemui pasangan itu dalam keadaan berkurung.
“Soal siasat dilakukan terhadap pasangan terbabit mendapati kedua-dua mereka bukan mahram. Lebih memeranjatkan mereka pula berstatus isteri dan suami orang lalu ditahan untuk diserahkan kepada kami sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Rahimin berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak membawa masuk wanita berkenaan ke rumahnya selepas isterinya pulang ke kampung.
Katanya, peluang berikutan ketiadaan isterinya itu diambil lelaki berkenaan bagi melakukan perbuatan terlarang di rumahnya.
“Mereka dikatakan masuk ke rumah itu sejak tengah malam dan terus berkurung sebelum dicekup imam berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, maklumat diperoleh juga menyatakan pasangan terbabit sering berada di rumah berkenaan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Salam.. tolong linkkan blog Apa Yang Tersirat diblog sdr. tks
BalasPadambetul2 punya hentam la jantan dan betina nie. . .
BalasPadamingat la sesungguhnya maut lebih dekat dari shadow. . .
pejuang hamas...
Jap lg dia salahkan UMNO la tu... Dia nak buat kaunseling tapi UMNO setup... Manusia2...
BalasPadam