BREAKING NEWS

Farid Redzuan nak malukan Najib.. Apa hal pulak nih?


Gua difahamkan, ada Penasihat komunikasi di PMO sudah hentam blogger pro kerajaan dan juga RTM. Gua tak tahu apa motif Datuk ni sampaikan kononnya dia kata blogger pro kerajaan ni tak tahu nak handle isu..

Gua rasa.., kalau betullah Datuk ni kata macam tu, kira dia sengaja nak malukan Najib. Sebabnya, Najib sendiri dah iktiraf peranan cybertroopers maya didalam mempertahankan polisi kerajaan.

Mungkin blog gua tak termasuk dalam kategori blog politik hebat.., tapi gua kesian pada blogger elit lain seperti Dr MiM, Pisau.net, Gerakan Anti PKR, Gomo, House PK dan juga lain-lain yang selalu menjawab fitnah Pakatan untuk defend kerajaan.

Dan kesian jugak cybertroopers tegar di Fesbuk seperti Anti PKR Club dan juga Isu Politik Semasa.. Penat dorang mengadap laptop siang malam beb...

Janganlah hanya kerana ada blogger yang suka cari pasal sesama sendiri dan menghentam kerajaan, Farid Redzuan dah anggap semua blogger pro kerajaan dan cybertroopers tu bodoh beb..

Kalau ada masalah.., boleh je duduk semeja bincang baik-baik.. Setahu gua, blogger-blogger elit pro kerajaan tu semua bukannya makan orang pun..

Dan jika betul Farid Redzuan mempertikaikan kerja blogger dan RTM, itu bermakna memang sengaja dia cari pasal lah.. Gua taknak cakap lebih sebab gua tak dengar benda ni dengan telinga gua sendiri..

So.., gua harap perkara ni dapat diselesaikan sebaik mungkin.. PRU dah nak dekat beb.., jangan dok buat gila cari gaduh sesama sendiri.. Takkan itu pun bangang sangat nak faham!!

Banyak isu puak Pakatan yang boleh kita layan.. Gua tengah "stim" belasah Badrulamin nih.., jangan matikan mood gua nak "berkarya"..

Nasihat gua.., golongan bangsawan yang tak reti buat kerja tu sila duduk diam-diam..., biar golongan marhaen nak tolong kasi setel..

===============================================


APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan?. Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara, mereka ini sanggup menelan segala risikonya. Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi. - Baca Seterusnya di Blog Sanggah Tok Janggut..

1 ulasan :

  1. Laa tak tau ke? dia ni gila publisiti/glamor..dulu muka dia aje kat Jom Heboh lepas tu sepi..tu yang cuba tonjolkan diri..sok sok bloger korek lobang kehidupan peribadi baru padan ngan muka..apa apa pun jangan gigit tangan yang menyuap..buruk padahnye..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online