Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Tun Mahathir dedahkan taktik Anwar dan Yahudi..
Comments : 1
Dakwaan kononnya Malaysia juga mempunyai hubungan dengan Israel adalah satu taktik yang dilihat cuba menyelamatkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak mustahil dakwaan itu dikeluarkan oleh Israel sendiri sebagai sokongan kepada Anwar yang kini dikecam banyak pihak ekoran kenyataan beliau menyokong rejim Zionis itu baru-baru ini.
''Saya melihat pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar. Malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar di negara itu sendiri kerana beliau sememangnya 'kawan baik' Israel.
''Tetapi pada hakikatnya, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," kata beliau kepada pemberita selepas sesi bertemu dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang.
Dr. Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan pelbagai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat yang meminta Anwar membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mengeluarkan kenyataan beliau itu.
Bagaimanapun beberapa blog propembangkang yang dilihat cuba menyelamatkan imej Anwar mendakwa, terdapat bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Menurut Dr. Mahathir, kenyataan Anwar yang menyokong Israel itu menunjukkan bahawa beliau adalah individu yang tidak boleh dipercayai.
Tambah beliau, Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.
''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.
"Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Malaysia menghentikan penghantaran minyak masak ke Iran tetapi tidak ke Israel, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu disahkan kebenarannya oleh kerajaan.
Begitupun kata beliau, apa yang perlu difahami ketika ini juga adalah hakikat bahawa kerajaan menerima tekanan yang cukup kuat daripada kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa perkara.
"Jika kita tidak ikut, banyak halangan dan ugutan yang akan dikenakan seperti menghalang bank-bank negara itu menjalankan perniagaan di sini.
"Kita sebenarnya tidak bebas walaupun kita sudah merdeka," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Anwar cuba alih perhatian utk cover hubungan baik dia dgn Israel!!
BalasPadamNURUL IZZAH CUBA SABOTAJ PENDUDUK BANGSAR!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/