Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pok Nik suruh Anwar buat kenyataan terbuka.. Isu Israel dan isu sembah api..
Comments : 1
Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Beliau yang dipetik Utusan Malaysia berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.
"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.
"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," kata menteri besar Kelantan itu dipetik akhbar milik Umno itu lagi.
Sementara itu, akhbar Sinar Harian yang memetik sumber dalaman PKR berkata, Anwar dijadualkan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu berkenaan.
Akhbar itu melaporkan perjumpaan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.
“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).
“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” petik sumber itu kepada Sinar.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

n.ajis tak perlu prasan..kalau betul pun al-juburi tu nak pergi mengadap dia, al-juburi cuma nak sekeh kepala si tua kutuk tu jer...
BalasPadam