BREAKING NEWS

TERKINI !! Guan Eng akan letak jawatan kerana skandal RM10 billion..


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersedia melepaskan jawatannya sekiranya dakwaan fitnah pemimpin Umno negeri itu berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara di Batu Kawan tidak dilakukan secara tender terbuka.

"Apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebusguna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010.

"Satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan. Harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi.

"Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31.12.2010, keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

"Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media English dan Melayu." jelas lim dalam kenyataan medianya.

Kenyataan tersebut ekoran minggu lalu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan mendakwa kerajaan Pulau Pinang melakukan urusan tanpa tender terbuka.

Selain itu turut didakwa harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi.

Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Sehubungan itu Lim mencabar Zainal Abidin dan Abdul Rahman mengemukakan bukti fitnah tersebut. Lim turut mencabar Umno serta kroni-kroni mereka mendapatkan tanah dikawasan tersebut pada harga yang lebih rendah dari itu.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online