BREAKING NEWS

PERKASA akan jumpa staff KFC di I-City Shah Alam..


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menemui kakitangan restoran Kentucky Friend Chicken i-City, Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di premis berkenaan Isnin lalu.

Setiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media.

"Nampaknya pihak yang didakwa diserang oleh pekerja KFC sahaja yang dapat perhatian media. PERKASA rasa mereka (staf KFC yang terlibat) perlu diberi peluang menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku.

"PERKASA akan berjumpa dengan staf KFC terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapat penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memerhatikan bahawa komen yang timbul berhubung isu berkenaan "sangat tidak adil kepada staf KFC tersebut."

Katanya lagi, pelanggan yang tampil dalam sidang media semalam – Danny Ng – tidak sepatutnya bertindak memarahi kakitangan resoran berkenaan.

"Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.

Syed Hassan turut melahirkan keprihatinannya ke atas kakitangan terlibat yang menurutnya perlu "berdiri sepanjang hari dan bergerak ke sana sini dalam dapur" dan perlu melayani pelanggan yang ramai.


p/s: Tahniah PERKASA kerana berani ke depan dalam isu ni.. Gua tunggu pulak mana-mana Ketua Pemuda Umno untuk bersuara.. Takkan Pemuda tak berani dengan DAP beb..? Isu melayu ni baii.. Takkan nak tunggu wahyu dari Najib dulu kot?

4 ulasan :

  1. harap yang lain pun tampil.... pekida.. pemuda.. ayahnda sekalian... memang panas rasa ni....

    BalasPadam
  2. salam,

    pemuda umno kena pakai kondom dulu. baru selamat. mana boleh marah kat cina tu. mahal ooooo undi cina. pekerja kfc tu, belum mendaftar lagi.

    nanti mr danny tu dapat ayam kfc setahun percuma kat mana-mana kedai kfc. asalkan ada jer geng mca campur tangan. tungguuuuuuu .....

    BalasPadam
  3. margaret...can i fuck u 2day?

    BalasPadam
  4. Margaret, it's just another classic example of chinaman superiority complex syndrome...or maybe another desperate chinaman getting angry for a piece of chicken after waiting for an hour with an almost expired kfc voucher.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online