BREAKING NEWS

Pemuda PAS buat report Polis terhadap Hasan Ali.


Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohd Ali ekoran kenyataan bekas exco Selangor itu yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Ianya merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah pada 31 Januari lalu di Padang Awam Seksyen 2, Bandar Baru Bangi yang dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik.

Di samping itu, Hasan Ali yang dipecat keahlian dari PAS awal Januari lalu itu juga dilaporkan mendakwa bahawa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

"Ucapan ini pada kita sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci PAS serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily selepas selesai membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Turut serta dalam rombongan itu, exco Dewan Pemuda PAS Pusat termasuk Mohd Sany Hamzan dan Mohd Adram Musa.

"Kalau ianya tidak benar, dia (Hasan Ali) kena nafikan lah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad.

8 ulasan :

  1. SEPATUTNYA YANG BISING IALAH DAP,LA PAS PULAK YANG MENYALAK ,HASAN ALI BUKAN BUDAK HINGUSAN .A CAM KHALID SAMAD DAN DR RANI ,HARI TU DIALAH ORANGNYA KATA TARA PAPA BEB,HASAN ALI HANYA BUDAK SURUHAN AJE ,HAA AMBIK KAU.WAHAI UMAT MELAYU MARIKITA SAMA SAMA DATANG KE MAJLIS PELANCARAN JATI PADA 21 HB FEB KAT SHAH ALAM .MARI KITA HIMPUN SEJUTA ORANG BAGI SUPPORT IMR.NAMPAK GAYANYA RAMAI PEMUDA PEMUDA MAU JOINT SEKALI .INSHALLAH IMR PASTI GEMPAK GILER.PAS DAH KECUT PERUT .HASAN ALI PUNYA PUKULAN .

    BalasPadam
  2. Pemuda PAS sekarang dah menyesal la tu sbb ISA dah mansuh kalau tak boleh lah desak guna ISA utk tangkap Hasan Ali...

    BalasPadam
  3. masyaallah. smpai cmni skali. mmg pas da buta hati. da dikristiankan oleh DAP. kesian kt dr hasan ali. xpe. Allah akn bersama org2 yg benar

    BalasPadam
  4. Salam Bro,cuba tanya Dr.Raja Ahmad tu yang PAS hari-hari menghasut rakyat supaya bencikan UMNO tak salah ke ?Poorahhh........

    BalasPadam
  5. Memang betul rancangan tu cuma gang pas Ni tak nampak. Kalau Dah berlaku baru Nak nampak. Perancangan DAP Memang slow and steady,

    BalasPadam
  6. Jangan report kat PDRM..lain kali report kat polis Siam atau pun polis Indon,polis kt sini kan bleh caya..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online