BREAKING NEWS

Artis ni pun tak ingin nak sokong Israel..


Penyanyi Chan Marshall yang juga dikenali sebagai Cat Power membatalkan konsertnya di Israel dengan menyertai beberapa artis lain.

Pembatalan itu dilakukan disebabkan konflik Israel dengan Palestin. Penyanyi itu sebelum ini dijadualkan mengadakan konsert di Tel Aviv esok.

Namun, dia menghantar mesej semalam di Twitter dengan menyatakan tidak dapat membuat persembahan untuk para peminat Israel.

Menurutnya, dia berasa semangatnya terjejas.

Namun, penyanyi terkenal, Madonna akan membuat persembahannya di Israel pada Mei depan.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan pemerintahan sementara Palestin akan menjejaskan proses damai.

Dia membuat kenyataan itu kelmarin kepada wakil-wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sebuah hotel di sini.

Menurutnya, satu perjanjian yang ditandatangani antara pergerakan Hamas dengan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum ini tidak akan menyumbang kepada rundingan damai dengan Israel. - Agensi


p/s: Artis Amerika pun tahu 'boikot' Israel pasal konflik regim tu dengan Palestin.. Tapi Anwar Ibrahim sendiri masih tak sedar diri dan sokong puak-puak zionis tu.. Nampaknya artis tu lebih cerdik dari Anwar.

1 ulasan :

  1. bila masa plak anwar cerdik bab benda baik?

    dia tur cerdiknya men'spin', menipu, membohong... standard RAJA DRAMA!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online