Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS Kedah bergolak? Wayang saja kot....
Comments : 0
Azizan Abdul Razak terpaksa menerima hakikat jika beliau terus kekal sebagai menteri besar Kedah, beliau akan kehilangan dua orang exco kanan iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh.
Kedua-duanya dikatakan memberitahu presiden parti bahawa mereka tidak mahu lagi dilantik semula sebagai exco negeri kerana enggan berkhidmat di bawah kepimpinan Azizan.
Namun begitu Azizan tidak sedikit pun memperlihatkan sebarang kegusaran situasi politik terbaru di Kedah sekarang akan mengugat kedudukannya sebagai menteri besar.
Apa yang menarik ialah, mulut kedua-dua exco berkenaan terkunci rapat enggan menyatakan apa yang sebenarnya akan berlaku apabila majlis mengangkat sumpah berlangsung Selasa depan.
Tetapi pada masa yang sama, bahasa badan mereka mengatakan sebaliknya.
Khabarnya, senarai akhir barisan exco telah pun dihantar ke Istana Anak Bukit untuk disahkan.
Sejak Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu, terdapat usaha untuk mengantikannya dengan pemimpin lain dan Phahrolrazi adalah salah seorang yang disebut-sebut.
Bagaimanapun usaha tersebut tidak menjadi realiti apabila Azizan tidak memberi sebarang isyarat untuk berundur.
Ini menyebabkan usaha mengantikannya tergendala malah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri yang turun naik ke Kedah untuk mengatasi masalah ini gagal berbuat sesuatu sama ada untuk memujuk Azizan berundur dengan sukarela ataupun memujuk Phahrolrazi supaya bersabar sehingga tamatnya penggal ini.
Kesihatan Azizan yang tidak menentu dan kadang kala perlu dipapah untuk berjalan telah menjadikan situasi kepimpinan PAS di Kedah tidak menentu.
Apa yang sedang melanda kepimpinannya sekarang dilihat sebagai kemuncak kepada usaha untuk mencabar malah memalukan kepimpinannya.
Ia dilakukan secara halus iaitu ‘protes senyap’ dengan enggan dilantik semula sebagai exco sebagai tanda tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Mereka tidak memaklumkan kepada Azizan, mereka memaklumkannya kepada Hadi.
Beberapa nama khabarnya telah pun dicadangkan untuk mengantikan Phahrolrazi dan Dr Ismail antaranya Adun Bandar Baharu Yaakob Husin; Johari Abdullah (Kupang); Ahmad Izzat Mohamad (Bukit Lada) dan Zuki Yusof (Kuala Ketil).
Kenapa ada empat nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai exco baru sedangkan yang hendak melakukan ‘protes senyap; ini hanyalah dua orang sahaja?
Jawapannya ialah kerana, selain Phahrolrazi dan Dr Ismail, ada dua lagi exco yang khabarnya masih berbelah bahagi sama ada hendak menyertai dua rakan mereka itu dalam melakukan ‘protes senyap’ ke atas Azizan.
Mereka ialah Datuk Taulan Mat Razul dan Dr Hamdan Mohamed.
Yang orang kebanyakan seperti kita semua ingin tahu sekarang ialah, apakah jika tindakan ‘protes senyap’ ini mengambil tempat, kedudukan dan kepimpinan Azizan akan terjejas?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan