BREAKING NEWS

Nik Aziz terkilan dengan Apek? Pasal Bodyguard??


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.

Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.


p/s: Aisehhh.., kenapa Khairul Fahmi tak cakap awal-awal nak pakai bodyguard kat Pok Nik hari tu? Kalau tak, mesti Pok Nik offer Unit Amal PAS yang dahsyat-dahsyat tu jaga penjaga gol kebangsan tu... Hahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online