Mahfuz desak Najib dan seluruh pemimpin kerajaan mintak maaf pasal berbohong tentang Israel.. Mahfuz dakwa, Malaysia dah lama sokong Israel dan iktiraf negara zionis tu..
Mahfuz ambil contoh kehadiran pasukan kriket negara tu dan juga kononnya Malaysia jual minyak sawit ke megara Israel..
Bagi gua, Mahfuz sebenarnya tak layak untuk suruh mana-mana pemimpin negara mintak maaf.. Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dah lama iktiraf kewujudan puak-puak zionis tu..
Cuma.., ada yang sokong secara terbuka macam Anwar.., dan ada yang sokong secara tersembunyi macam Mahfuz sendiri..
Jangan tipulah beb kalau kata tak sokong Israel dan Yahudi.. Segala teknologi dan gadget yang kita pakai sekarang ni datang dari mana? Fesbuk tu sapa owner dia? Blackberry tu milik syarikat mana?
Gua tahu Mahfuz sendiri 'gila fesbuk'.. Gua pun tahu Mahfuz pun guna Blackberry untuk BBM dan berTwitter.. So ia bermakna Mahfuz jugak iktiraf negara Israel...
Gua setuju Malaysia mintak maaf kalau benar dakwaan Mahfuz pasal penjualan minyak sawit negara ke Israel.. Mahfuz kena buktikan dulu laa...
Dan gua cabar Mahfuz mintak maaf secara terbuka juga pasal Mahfuz pun secara indirect iktiraf dan sokong barangan keluaran Israel.. Ada berani?
======================================================
Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.
Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.
“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.
"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya pada sidang media hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini membuat gesaan ini ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kontroversi susulan temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu, yang mendakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.
Rentetan daripada kejadian itu, Anwar dikecam oleh pelbagai pihak dengan mengatakannya sebagai pro-Israel sehingga menyebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluar kenyataan meminta beliau menarik balik kenyataan atau menyaman media antarabangsa itu.
Catat Ulasan