BREAKING NEWS

KP UMNO dan Ketua AMK desak Pemimpin Penang letak jawatan!! [VIDEO]


Pagi tadi, ada satu demo berlangsung depan Bangunan Umno di Penang ni.. Uniknya demo ni ialah, ada gabungan diantara dua Ketua Pemuda.., KP Umno negeri dan juga Ketua AMK negeri..

Yang satu pihak mendesak Ketua Menteri Penang letak jawatan.., dan satu lagi desak Pengerusi Perhubungan Umno negeri letak jawatan.. (Kredit to MKP)

Ni surat dari KP Umno kepada Ah Beng...

Ni pulak surat dari AMK kepada Non Panjang...

Sekarang ni dua-dua sibuk nak suruh bos pihak lawan letak jawatan.. Kalau tanya dorang.., mestilah dua-dua kata bos dorang yang betul..

Tapi bagi rakyat, sapa yang benar-benar betul? Ah Beng ke yang betul.., atau Non Panjang yang betul? Korang jangan tanya gua sebab jawapan yang gua bagi akan membuatkan puak-puak tu sakit hati..

So.., tunggu je lah PRU nanti.. Gua dimaklumkan PRU akan dibuat pada bulan 6.. Kita biarkan rakyat Penang je yang decide sapa yang layak memerintah negeri..

Bagi gua, sapa yang lebih bijak buat statement dan juga maximumkan isu di Penang ni, dia lah akan menangi hati rakyat.. Dan kalau asyik nak playsafe saja.., jangan mimpilah nak menang..

Ingat cukup ke kalau setakat sekali je buat kenyataan media? Nak tebas lalang pun kena usaha banyak kali beb.., inikan pulak nak menang negeri..

Tapi nak buat macam mana.., dorang rasa dorang lebih bijak.. Terpulanglahh...




p/s: Laporan "ke atas" akan dihantar seperti biasa.. Hehehehehe....

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online