BREAKING NEWS

Khidmat mandi bersama PELACUR.. Hanya di Selangor!!!


Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.

Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu.

Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA, Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.

Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.

“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China, masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya semalam.


Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket pelacuran.

Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis.

Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan.


p/s: Hebat!!! Semenjak Khalid Ibrahim jadi Exco Agama Islam di Selangor, makin banyak pulak maksiatnya negeri tu yee.. Gua heran.., Khalid jadi exco jaga agama ke, ataupun exco melingkupkan agama? Cer citee...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online