BREAKING NEWS

Kelantan akan bina Highway tanpa TOL... Tahniah Husam!!


Gua dengar, Husam Jamnapari dah buka kertas tawaran untuk membina Highway di Kelantan tanpa bantuan dari kerajaan pusat..

Dan untuk membuatkan highway di Kelantan tu unik, katanya ia akan dibina tanpa TOL langsung. Agaknya dorang nak membuktikan PAS Kelantan berkebajikan pada rakyat kot..?

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Dalam kenyataan media semalam bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.

Yang gua terkilan sikit disini ialah, Husam seolah-olah nak salahkan kerajaan pusat pasal tak buat Highway di Kelantan walaupun ia dah diluluskan dalam RMK 9 dulu..

“Kita terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Sambungnya, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah.

Untuk pengetahuan korang, Kerajaan pusat memang nak buat highway kat negeri tu dulu.., tapi perkara tu dibantah oleh Nik Aziz dan ditetapkan syarat supaya buat highway yang tak ada TOL saja..

Sebab tu lah projek highway di Kelantan terbantut.. Pasal Nik Aziz lah yang sampai sekarang rakyat Kelantan tak merasa nak tengok highway di negeri dorang..

Jadi sekarang ni, gua harap Husam dapat buat satu kejutan.., highway pertama dalam DUNIA yang tak dikenakan sebarang TOL.. Hanya di Kelantan.

Kelate Buleh sokmo!!! Hahahaha...

6 ulasan :

  1. Kenaps baru sekarang? Oh ye mereka dah nak kalah mcm tu lah..

    BalasPadam
  2. waaaa..itu sudah kira bagoz ! maintainance nak cari duit mana lak ? sumber lain ekkkkk...!!

    BalasPadam
  3. Bagus Husam......Istiharkan kpd Dunia bahawa PAS akn buat Lebyhraya dari KB ke Kuala Krai dan tidak akan kutip tol.Alhamdulillah.....ni baru dikatakan negeri berkebajikan.Allahuakbar....Allahuakbar.Dulu dah istihar dan telah pun diletak batu asas untuk jambatan sambungkan Penambang dan Kg.Laut.Alhamdulillah....lo ni ore Penambang dah pun boleh pergi ke Kg.Laut melalui Jambatan tersebut.Alhamdulillah.He....he....he....!Bertuah ore Kelate.....nya tipu ko puak pemimpin gunakan Isle la!Hem.....kalu nok sebut gak banyak la hok projek yg PAS buat dlm angan2.Wasalam.

    BalasPadam
  4. sekadar nak tanya belanjawan 2012 yang sudah di bentang berapa hutang@defisit kerajaan negeri kelantan????? agak2 kalau buat kos hway berbilion tu dari mana dapat duit ye??? tp kelantan kaya sbb tiap2 bulan orang kelantan dok hantar duit berbillion ke kelantan...try congak la mampu atau tidak bina hway atau itu hanya gula2 politik semasa nak pilihanraya...tambahan pula tiada TOLol....

    BalasPadam
  5. jarak 73km dan lebar tu terletak di kawasan banyak balak,jadi kontra jer la dgn kos pembinaan buat highway.Dulu buat highway kayu balak banyak2 tu pi mana.Lepas siap buat highway tu bebankan pada pengguna..lgi bingung,asyik menekan rakyat

    BalasPadam
  6. mengaji forex... semua orang menyokong kalau benda baik dengan niat baik itu betul dilaksanakan... masalahnya banyak kali dah kena kencing.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online