BREAKING NEWS

Kebas bini orang adalah perbuatan yang mulia dan terpuji...


Hari ni baru gua tahu, rupanya kalau kita tunjuk penumbuk kat orang, itu dah dikira sebagai samseng.. Tapi kalau kebas bini orang dikira mulia..

Senarionya sama beb.., tunjuk penumbuk kepada pompuan kerana benci dengan sikap pembohongnya, lebih jijik dari kebas bini orang kerana nak "tunjuk kasih sayang" pukul 2 pagi..

Bagi serikandi Keldaian.., tunjuk penumbuk pada pompuan tu lebih salah dan dikira samseng ya amat.. Tapi kalau bercengkerama dengan bini orang tu barulah disifatkan sebagai amalan terpuji..

Patutlah Anwar yang kantoi dalam rakaman video dengan Chinadoll tu dorang puja-puja sebagai pemimpin agung akhir zaman.., rupanya.., itu cara puak-puak PKR melampiaskan manifestasi kasih sayang dorang terhadap pompuan..

Tak percaya? Korang tanya Siti Aishah tu.. Mesti dia setuju dengan gua.. Kat mana dia belajar macam tu? Gua rasa dia pun ikut kelas "kaunseling" dari Badrul Amin kot.. Hahahaha...



============================================

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, hari ini menyelar tindakan pemuda Umno yang sanggup menggunakan kekerasan terutamanya ketika berdepan dengan pimpinan wanita Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian yang menimpa Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, yang hampir dicederakan anggota pemuda Umno ketika ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I baru-baru ini.

“Sikap kurang ajar dan biadap mereka terhadap beberapa pimpinan parti pembangkang dilihat sebagai bukti jelas mereka ini ialah lambang kebiadapan sebuah parti politik bernama Umno.

“Sikap yang ditunjukkan jelas menampakkan betapa ceteknya cara pemikiran anak-anak muda yang dibimbing Umno dalam bicara soal politik.

“Mereka tidak didedahkan dengan kematangan politik nilai tetapi hanya diajar untuk menjadi samseng murahan Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ekoran kejadian itu, pimpinan Umno perlu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan anggota parti mereka.

“Srikandi melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan pimpinan pembangkang.

“Segala insiden terdahulu yang telah dilaporkan seharusnya disiasat dengan kadar segera oleh pihak polis bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” ujarnya sambil menyeru kepada anak-anak muda supaya tidak terikut budaya politik samseng yang diamalkan Umno. - UtaraNews.com

4 ulasan :

  1. srikandi anwar.... confirm masuk syurga PAS dengan bernakhodahkan DAP

    BalasPadam
  2. Hoi bangang kalau melayu semestinya umno ke

    BalasPadam
  3. jagalah adat dan adab orang melayu kalau tak mampu nak turun cara islam sepenuhnya

    BalasPadam
  4. ekeleeehh, puak-2 ni bukan sekadar boleh dibuat kurang ajar, malah mungkin patut diperangi kalau zaman Khulafak ArRashidin dulu kerana mereka adalah pemuja amalan kaum nabi Luth dan memplopori LGBT.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online