BREAKING NEWS

Hasan Ali cabar Anwar...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dengan jelas tentang pendirian pakatan pembangkang sama ada mereka akan menjalin hubungan secara langsung dengan Israel atau sebaliknya.

Beliau berkata, ketua pembangkang itu perlu berbuat demikian kerana rakyat negara ini termasuk di luar negara masih tertanya-tanya mengenai kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) tentang sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

“Saya hendak beritahu beliau agar dapat terangkan bahawa pakatan pembangkang tidak akan menjalinkan hubungan langsung atau tidak langsung dengan Israel,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan bertemu Anwar di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Anwar atau pemimpin PKR lain berkenaan desakannya agar Ketua Pembangkang itu menarik balik kenyataannya berhubung isu Israel.

Nik Abdul Aziz dijadualkan berada di ibu negara pada minggu depan bagi menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online