BREAKING NEWS

Hasan Ali akan dedahkan bukti video murtad..


Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam kelmarin.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.


p/s: Meroyan lah Khalid Samad kalau betul video tu didedahkan oleh Hasan Ali.. Hahahaha...

3 ulasan :

  1. putrajaya lebih penting dari akidah bangsa.... ayuh tinggalkan pas biar berjuta rasa syg dan setia padanya krn sayang dan setia itu memudaratkan akidah bangsa dan agama.......
    SELAMAT TINGGAL PAS.....

    BalasPadam
  2. MASIH BELUM TERLAMBAT..KITA MASIH PUNYA MASA UNTUK MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM MELAYU DARI TERUS HANYUT...

    BalasPadam
  3. PAS sekrg ni bukan jd penegak negara Islam. Perosak negara Islam ada. Lebih teruk dari parti 'sekular' UMNO. Tu pun masih ramai ahli PAS yg tak sedar lagi. sikit2 UMNO, smua yg jahat UMNO.

    Fikirlah masa depan generasi akan datang. Kita nak Malaysia yg makmur. Orang Islam blh hidup aman. Orang agama lain pun blh hidup aman. Yg penting hidup kita aman. Kalau dah porak peranda, nak jd negara Islam apa? Ada otak fikirlah. Bukannya buat aksesori.

    Ahli PAS, ambillah iktibar rakan-rakan yg dilanda kesusahan. Ada pemimpin politik yg tolong? Kalau kita susah, agak2 depa nak tolong? Bye-bye. Tanggung sorang-sorang. Baring atas jalan mcm orang bodoh, kena sembur, injured, pemimpin dok gelak sakan kat tepi. Depa byk duit, lgpun depa takde otak, peduli apa semua ni. tak nampak ka?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online