BREAKING NEWS

Artis melayu tak mengaku Lesbian..


Pelakon yang namanya dicungkil daripada AF musim ke-6, Ika Nabila Abdul Rahim, 23, kini heboh diperkatakan orang tentang gossip kononnya dia mengamalkan gaya hidup lesbian.

Isu ini tercetus apabila foto intim membabitkan Ika dan pengurusnya, Adlin tersebar di internet malah pernah diulas menerusi satu ruangan gosip serta rancangan hiburan tempatan.

Ketika ditanya oleh wartawan media, Ika mengaku berkawan dengan pengkid, tetapi menafikan beliau mengamalkan seks songsang ataupun Lesbian..


“Mungkin Ika dikelilingi golongan seperti itu. Pergi lokasi penggambaran atau ke mana-mana sering ditemani ‘perempuan ganas.’ Sebelum ini Ika pernah ada pembantu peribadi perempuan, tetapi disebabkan Ika pula jenis kasar orangnya, buat Ika jadi rimas bila dia pula yang kena bertindak dan berfikir dalam banyak hal.

“Kalau ambil pembantu peribadi lelaki lagi susah dan takut sekali gus boleh mendedahkan diri dengan pelbagai fitnah. Jadi Ika fikir-fikir eloklah ditemani ‘perempuan-perempuan ganas’ sebabnya mereka ini sedikit kental.

“Walaupun hakikat sebenarnya mereka tetap wanita namun personaliti mereka yang sebegitu (seperti lelaki) buat Ika rasa sedikit terjamin dari segi keselamatan,” katanya.

Bicara Ika lagi, meskipun mempunyai teman rapat di kalangan pengkid, itu tidak bermakna dia tertarik untuk menjalinkan hubungan sejenis. Bagi Ika, wanita dijadikan untuk lelaki begitulah sebaliknya.

Justeru, dia mengharapkan agar suatu hari dipertemukan putera idaman dan melangkah ke alam rumah tangga seterusnya memiliki anak yang menjadi pelengkap hidup wanita.


p/s: Kalau betul tak terbabit dengan Lesbian tu tak apalahhh.. Tapi gambar tu boleh menimbulkan banyak persoalan..

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online